Rumah sunyi lagi, selalunya beginilah keadaan bila serumah dengan pejuang-pejuang agama (semoga kita semua tergolong dalam golongan Ansarullah, ameen) bila menjelang waktu-waktu tertentu. Ada yang ke liqa' mingguan, ada yang ke kelas hafazan dan ada yang keluar bermuayasyah dengan teman sebulatan gembira.
Semuanya disibukkan dengan kelahapan mencari ilmu dan keberadaan di luar rumah itu adalah satu keperluan bukannya kerana suka-suka. Ada tanggungjawab menuntut ilmu dan melunaskan hak-hak masyarakat yang perlu digalas.
Cik Tedi Bear keluar yang paling akhir tadi, saya masak cepat-cepat seusai solat Asar supaya Cik Tedi Bear boleh makan dulu sebelum bermusafir. Tapi katanya biarkan lauk bahagiannya disimpan untuk dia jadikan sarapan esok. Lantas dia menggalas beg bersiap untuk keluar dari biliknya.
'Tak tahu kenapa sebak tiba-tiba hari ni bila awak nak keluar,' saya menyambung bicara sambil melabuhkan punggung di atas katilnya. Walaupun saya tahu kecomelan saya takkan menggugah imannya untuk keluar berdakwah (kahkah), tapi saya tetap berusaha meraih perhatian.
'Sunyi ke? Semua orang yang keluar kejap lagi baliklah tu,' Cik Tedi Bear masuk semula ke dalam biliknya dan meletakkan tangannya di atas kepala sambil mengusap-usap kepala saya. Aih, syahdu la pulak bila ada orang pujuk.
'Mata berkaca-kaca kenapa? Nak nangis ke? Nanti kawin kena tinggal sorang jugak bila suami keluar kerja, usrah, daurah takpun miting ikhwah. Masa awal kawin lagi teruk, tinggal berdua je. Sorang keluar tinggallah sorang-sorang kat rumah. Sekarang kita berlima,' sambungnya sambil tersenyum-senyum.
'Tak nangislah, tadi makan sup pedas ada blackpepper.....' dengan machonya saya menangkis tuduhan melulu Cik Tedi Bear :D
 |
| Saya sayang tedi bear saya :') |
***
Antara cabaran hidup di RI: Tarbiyah ditinggalkan dan meninggalkan.
Kedua-duanya bukan mudah.
Ada juga waktu-waktu saya meninggalkan rumah sedangkan ketika itu empat yang bakinya ada di rumah. Lagi berat hati melangkah keluar terutamanya kalau ada gotong-royong yang dijalankan dengan riang gembira takpun kalau ada pesta menambah ilmu keakhawatan (try resipi baru, masak benda special etc).
Ketika jaulah Ireland 3 tahun lepas, Kak H berulang-ulang kali mengingatkan tentang kepentingan untuk tinggal di Rumah Islam (singkatannya RI) dan betapa crucialnya untuk menghidupkan suasana Islamik di dalam rumah. RI bukan sekadar rumah yang ahlinya pergi usrah.
Bukan hanya sekadar sama-sama solat jemaah, sama-sama membaca Ma'thurat atau saling membersihkan hati dengan bertazkirah tapi rumah harus diisi dengan kehangatan kasih sayang sesama ahli, saling menjaga kebajikan, saling berlapang dada dan rumah menjadi tempat untuk 'berehat' dari kelelahan berhadapan dengan ragam masyarakat.
Rumah yang menjadi tempat singgahan mad'u atau akhawat dari tempat lain untuk merasakan jirusan kasih sayang. Dan ahli didalam rumah itu benar-benar merasai, indahnya berada dalam
biah islam, di mana semua ahli rumah: mempunyai aspirasi dan cita-cita
yang sama: iaitu mahu mendekatkan diri dengan Allah dan mempengaruhi orang lain untuk beramal dengan amal Islam.
Pentingnya untuknya melatih diri dengan tarbiyah RI ini untuk mempersiapkan kita menaiki tangga seterusnya- MEMBINA BAITUL MUSLIM & BAITUDDAKWAH
RI itu adalah tangga kecil dari IM ke BM.
Kupasan terperinci tentang RI, semoga bermanfaat!
KLIK SINI
****
Bagaimanakah mahu mendidik diri menjadi isteri seorang pejuang?
Yang merasakan suaminya adalah hak Allah dan bukan hak peribadinya. Yang boleh menginfaqkan suami kepada masyarakat di atas keperluan mengislahkan komuniti untuk membina mujtama' muslim.
Teringat kisah Imam As-Shahid Hasan Al-Banna meninggalkan rumah kerana urusan dakwah ketika anaknya demam panas.
“Haruskah kau pergi padahal anak kita demamnya sangat tinggi,” Istri Sang Imam itu bertanya saat dipamiti.
“Kalau aku tidak pergi, apakah anak kita menjadi sembuh?” Hasan Al Banna balik bertanya.
“Tidak,” kata sang Istri, “Tapi bagaimana jika ia meninggal?”
“Kakeknya lebih tahu bagaimana cara memandikan dan mengkafaninya.”
Saya meletakkan diri saya di tempat isteri beliau. Tanpa kefahaman yang jelas tentang matlamat hidup sang suami, tanpa memahami dhoruriyah tarbiyah kepada masyarakat pada ketika itu, dan tanpa memahami kecintaan yang bergelora terhadap jalan jihad yang telah dipilih sang suami, pastinya si isteri akan merasakan suami melepaskan tanggungjawab sebagai seorang ayah.
Memetik kisah Sa'id bin Amir, Gabenor penduduk Himsh yang dilantik ketika zaman Saidina Umar. Apabila Saidina Umar melihat senarai penerima harta Baitul Mal adalah gabenor itu sendiri, menangislah beliau sehingga basah janggutnya, lalu dimasukkan wang sebanyak seribu dinar ke dalam sebuah kantung untuk disampaikan kepada Sa'id bin Amir melalui seorang utusan.
Saat para utusan itu mendatangi Sa’id dengan membawa kantong, lalu Sa’id
membukanya ternyata di dalamnya ada uang dinar, lalu ia meletakkannya
jauh dari dirinya dan berkata: (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan
sesungguhnya kami akan dikembalikan kepada-Nya)- seolah-olah ia
tertimpa musibah dari langit atau ada suatu bahaya di hadapannya.
Hingga
keluarlah istrinya dengan wajah kebingungan dan berkata, “Ada apa wahai
Sa’id?!, Apakah Amirul mu’minin meninggal dunia? Ia berkata, “Bahkan
lebih besar dari itu.” Istrinya berkata, “Apakah orang-orang muslim
dalam bahaya?” Ia menjawab, “Bahkan lebih besar dari itu.” Istrinya
berkata, “Apa yang lebih besar dari itu?”
Ia menjawab, “Dunia telah
memasuki diriku untuk merusak akhiratku, dan fitnah telah datang ke
rumahku.” Istrinya berkata, “Bebaskanlah dirimu darinya.” Ia
berkata, “Apakah kamu mau membantu aku untuk itu?” Istrinya menjawab,
“Ya!” Lalu ia mengambil uang-uang dinar dan memasukkannya ke dalam
kantong-kantong kecil kemudian ia membagikannya kepada orang-orang
muslim yang fakir.
sumber: http://www.kisah.web.id/sahabat/said-bin-amir.html
Allahu allah. Lihatlah bagaimana peranan isteri seorang pejuang yang berusaha untuk menyelamatkan hati suaminya daripada dijajah kecintaan kepada dunia. Dengan tangan sendiri, isteri Sa'id bin Amir menyedekahkan wang seribu dinar kepada orang fakir yang lain walaupun mereka sendiri tergolong dalam golongan yang sama. Tanpa ada rasa ralat di hatinya berhajatkan supaya suaminya menerima bantuan itu sedangkan mereka layak menerimanya!
Sekali lagi, saya meletakkan diri sendiri di tempat sang isteri.
Adakah satu ketika nanti, saya mampu menasihati si suami untuk menginfaqkan SELURUH duit bonusnya ketika suami mengkhabarkan bahawa dia dapat bonus setahun? Paling hebat pun saya boleh buat (rasanya) mengingatkan si suami untuk menyisihkan SEBAHAGIAN duit dan selebihnya beli sofa baru ke renovate rumah ke tour Europe ke takpun sambar Nissan Murano sebijik T__T
Haih, dunia dunia.
Bagaimana mahu menjadi isteri seperti Saidatina Khadijah?
Yang menerima suaminya Rasulullah tatkala satu
dunia menolak dan tidak mempercayai baginda. Cukup setia bersama dengan sabar
dan tabah menanggung penderitaan bertahun-tahun bahkan berhadapan
dengan berbagai bentuk gangguan, gugatan dan penyiksaan.
Yang ketika saat wahyu pertama turun pada kekasihnya, dan kekasihnya itu pula minta
diselimutkan, terus saja diselimutkan. Padahal, dalam hatinya pastilah
penuh dengan persoalan dan kerisauan, yang sangat ingin ditanyakan. Tapi
disimpan dulu, kerana pada saat itu, bukan soalan betubi-tubi yang
Rasulullah saw. perlukan. Ya, Khadijah sangat memahami hal itu.
Khadijah amat peka dengan keperluan Nabi Muhammad saw.,
sampai tidak melakukan apa yang akan menambah bebanan pada hati baginda. Itulah isteri yang begitu meninggalkan kesan dalam hati baginda, isteri yang sangat sensitif dengan keperluan suaminya.
***
Semoga suatu hari nanti, jika Allah menyampaikan jodoh saya dengan seorang jejaka dunia, Allah melorongkan jalan dan memberi kemudahan untuk saya menjadi bidadarinya di dunia, langsung menjadi ketua bidadarinya di syurga kelak. Ameen.
Semoga kami dipertemukan dalam suasana penuh barakah dan semoga Allah menyatukan kami pada waktu yang terbaik. (ini sebahagian dari doa saya di Jabal Rahmah)
dan jika takdirnya hidup sendirian di dunia lebih sejahtera buat iman dan islam saya, semoga Allah anugerahkan pendamping yang selayaknya dari kalangan jejaka syurga kelak.
Wallahu A'lam
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
:)